Permasalahan kajian
Objektif kajian
Metodologi
Kitaran Hayat Pembangunan Sistem
1. Fasa Perancangan
Fasa pertama ialah perancangan. Di dalam fasa ini, perkara utama yang terlibat ialah penentuan skop projek, tujuan pembangunan, dan kebolehlaksaan dari sudut teknikal, operasi, serta ekonomi. Pasukan pembangunan akan menetapkan matlamat, merancang sumber yang diperlukan, dan menyediakan jadual pelaksanaan projek.2. Fasa Analisis Keperluan
Setelah perancangan selesai, fasa seterusnya ialah analisis keperluan. Di dalam fasa ini, kajian keperluan pengguna (User Requirement Study) akan dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk memuktamadkan keperluan pengguna untuk sistem yang akan dibangunkan. Semasa fasa ini juga penetapan jenis teknologi yang akan digunakan semasa fasa pembangunan juga akan dijalankan.3. Fasa Reka Bentuk
Fasa ini merupakan fasa terbesar di dalam sesebuah projek pembangunan sistem. Setelah perancangan dan analisa keperluan selesai, proses pengaturcaraan akan mula dijalankan. Segala perancangan seperti kerangka kerja, aliran proses, modul dan fungsi akan diterjemahkan ke dalam bentuk sistem web. Beberapa ujian seperti ujian dalaman, ujian penerimaan pengguna akan dijalankan semasa fasa ini.4. Fasa Pelaksanaan
Sistem yang telah siap dibangunkan akan diletakkan (host) di pelayan yang akan ditentukan semasa kajian keperluan pengguna. Ujian akhir yang dilakukan oleh pengguna sebenar akan dijalankan. Latihan yang bersesuaian juga akan dijalankan mengikut keperluan. Manual pengguna dan buku panduan juga mungkin akan dihasilkan semasa fasa ini.5. Fasa Penyelenggaraan
Fasa terakhir ini akan dijalankan secara berterusan untuk memastikan sistem yang dibangunkan kekal berfungsi dengan baik. Sebarang masalah atau ralat yang dikenalpasti akan segera diperbaiki. Selain itu, sistem juga boleh dikemaskini mengikut keperluan semasa berdasarkan maklum balas pengguna dan keperluan teknologi semasa.Implikasi, cadangan, dan hala tuju penyelidikan seterusnya
Pengumpulan Data Perlu Diperluaskan
Buat masa ini, hanya data bagi 30 buah sekolah perintis sahaja dicerap.
Pengisian Data Kendiri
Sistem ini mudah untuk digunakan. Modul-modul seperti pelaporan data nahas jalan raya di sekitar sekolah, cadangan penambahbaikan, inisiatif sekolah berkaitan aktiviti keselamatan jalan raya boleh dimasukkan sendiri oleh admin sekolah.
Peluang Kolaborasi
Sistem ini berpeluang untuk berkolaborasi bersama sistem agensi lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu pengumpulan data berkaitan keselamatan jalan raya di kawasan sekolah.
Kos dan status perbelanjaan